Tuesday 11 September 2012

3.3 SEJARAH LAMBANG (LENCANA) SEKOLAH


3.3          SEJARAH LAMBANG (LENCANA) SEKOLAH

Memandangkan Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing telah  memiliki bangunan sendiri, maka pihak pentadbir sekolah ( Pengetua : En. Yunos b. Hj Aziz ) menyedari perlunya diwujudkan satu lambang untuk menunjukkan identiti sekolah.






Satu peraduan melukis lambang sekolah telah diadakan. Banyak penyertaan pelajar telah diterima. Setelah diadili, salah seorang pelajar telah terpilih memenangi hadiah pertama. Pelajar tersebut ialah Syahril b. Muhammad pelajar tingkatan 4 pada ketika itu. Ucapan tahniah kepada beliau telah diabadikan dalam majalah ’BIDUK’ keluaran pertama.






3.3.1       WARNA

Kuning         : Kecemerlangan dalam kurikulum
Merah           : Semangat kental guru dan pelajar dalam  mengharungi segala cabaran
Putih             : Ketulusan hati untuk memberi (guru) dan menerima (pelajar)
Biru kehitaman dan Merah        : Semangat kecintaan kepada negeri dan negara


3.3.2       LAMBANG          

3 gelung        : Semangat kekitaan, persaudaraan, dan perpaduan  yang dicapai melalui bidang sukan
Obor                                    : Semangat ingin berjaya
Bentuk segi empat               : Kecemerlangan dalam segala bidang
Buku terbuka                       : Pendedahan pada budaya ilmu
Mikroskop                           : Ilmu itu ditafsirkan dalam konteks yang lebih luas tanpa mengenepikan 

          bidang sains dan teknologi
Biduk / Kapal                      : Melambangkan alam persekitaran Mersing yang terkenal sebagai kampung       
                                              nelayan.

Di samping itu, ”BIDUK” melambangkan pelajar. Pelajar diibaratkan sebagai pelayar dalam menuju destinasi yang dikehendaki. Dalam pelayaran itu banyak halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi dengan sabar dan berhati-hati.


3.3.3       MOTTO                 :’Berjaya Berbakti’ membawa implikasi mahu berjaya dalam mencapai cita-cita berbakti kepada keluarga, agama, dan bangsa.

No comments:

Post a Comment