Tuesday 11 September 2012

2.0 ASPIRASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERSING




2.1          FALSAFAH SEKOLAH

Bahawasanya pelajar-pelajar di sekolah ini akan diberi pelajaran dan bimbangan yang secukupnya untuk meningkatkan prestasi akademik dan pendidikan serta moral melalui guru-guru yang telah diamanahkan untuk menyampaikan pengajaran dan pendidikan secukupnya kepada anak bangsa.

2.2          VISI                         Menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing sebagai:
                                                Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

2.3          MISI                     Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

2.4          MATLAMAT

2.4.1 Membangunkan tenaga manusia yang beriman, berilmu, beramal, berakhlak dan berketerampilan.
2.4.2 Mewujudkan iklim persekolahan yang sihat dan harmonis.
2.4.3 Membina sistem pengurusan dan pentadbiran yang berkesan.
2.4.4 Merapatkan hubungan kekitaan dan kekeluargaan di antara sekolah dan  masyarakat.

2.5          PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing dengan penuh tekad dan  iltizam berjanji akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk :

2.5.1       Mewujud dan melaksanakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu sepanjang tahun.
2.5.2       Melahirkan anak didik Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing yang berilmu pengetahuan, berakhlak
              mulia, dan bertanggungjawab setiap masa.
2.5.3       Memastikan pelajar dapat menerima pendidikan yang baik dan sempurna tanpa mengira kaum
              agama sepanjang tahun.
2.5.4       Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan
              sepanjang masa.
2.5.5       Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang mencukupi, lengkap,  dan kondusif sepanjang
              waktu persekolahan.
2.5.6       Mewujudkan perhubungan yang akrab dengan komuniti sepanjang masa.

2.6          OBJEKTIF

2.6.1       Meningkatkan prestasi akademik ( PMR, SPM & STPM ).
2.6.2       Meningkatkan prestasi pembelajaran dan pengajaran untuk memantapkan budaya ilmu.
2.6.3       Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang bersih dan indah.
2.6.4       Memimpin para pelajar ke arah kepimpinan yang berkesan dengan slogan ”DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN”.
2.6.5       Mewujudkan rasa kekitaan dan kekeluargaan di sekolah serta merapatkan hubungan dengan masyarakat.

No comments:

Post a Comment